Make your own free website on Tripod.com
 
Bendera Negeri Pahang DarulMakmur

Sejarah #Pahang

Channel ini telah dibuka pada bersamaan dengan Disember 22,, 1998 bersamaan dengan 12:27:56. Borang permohonan telah dihantar ke cservice.undernet.org dan dengan ini wujudlah #Pahang di server Undernet walaupun tanpa pengesahan rasmi dari cservice lagi.

Menyingkap kembali sebelum #Pahang diwujudkan, kami selalu berada di #Kuantan, #Temerloh, #Terengganu, #kampung dan lain-lain lagi channel terkenal di server Undernet. Suatu hari, telah datang idea untuk menubuhkan #Pahang memandangkan terdapat ramai pengunjung dari negeri Pahang Darul Makmur mengunjungi server Undernet ini dengan tujuan supaya kami dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi di dalam satu channel yang diambil nama sempena nama negeri kami sendiri iaitu Pahang.

Sementara itu, kami telah memasang `inviter dengan menggunakan nama ctnorliza utk menjemput dan memberitahu pengunjung-pengunjung di server Undernet tentang kewujudan #Pahang ini... Terima Kasih kepada ctnorliza,..JasaMu Tetap Di-Kenang... Walaupun dia nie kene banned di-hampir kesemua channel tapi, tanpa `inviter ini mungkin #Pahang akan sepi tanpa pengunjung kerana tidak mengetahui tentang kewujudanNya di server Undernet ini.

Semasa menunggu permohonan kami diSahkan Oleh cservice, kami telah menjemput TcYbErBoT untuk menjaga #Pahang. Bot ini adalah kepunyaan TemanCyber Internet C@fé dan kami mengucapkan terima kasih kepada admin bOt ini, EiNiD kerana telah membenarkan bOt beliau untuk mengawasi #Pahang buat sementara waktu. Terima Kasih kepada semua yang menolong memperkenalkan #Pahang kepada pengunjung server Undernet. Berbanyak terima kasih kepada keropok@kuantan, soket, t|odo|ite, smarzz@MaHaGuRu, Hyper[x]@PeKaN, Saderi, kodok, KoLePeiH, baby_boom, gadis_ktn, sLaMbE, koYAN_3, bAbY_nOtY, CAS9966@WEE7334, ntHerO, KuTuLePaK, bulat^^, BaByBuLaT dan lain-lain nick lagi (maaf kepada yang tiada nickNya) kerana telah menjadi antara pengunjung terawal di #Pahang ini dan menyokong penubuhan #Pahang ini.

Alhamdulillah #Pahang telah disahkan oleh admin cservice dan mereka telah menghantar W untuk menandakan bahawa #Pahang telah didaftarkan secara rasmiNya di server Undernet.

Dan, pada Januari 2,1999 Selasa, bOt W telah masuk ke #Pahang dan memulakan tugas untuk mengawasi #Pahang dan ini juga telah menandakan bahawa #Pahang telah disahkan oleh cservice untuk berada di server Undernet. Walaupun demikian, TcYbErBoT tidak dipinggirkan dan telah diberikan tugas untuk terus berkhidmat di #Pahang selain daripada bOt W

 
YahOO!!..... Bukan Channel Haram Laghik Weh Demeh... :-)
 
Muka Utama