Tayar Soton`

BioGraFi BanDs Kami

Bands kami di-tubuhkan pada awal tahun 1995 dengan dianggotai oleh BocK(Drummer), Kamal (Rhythm), Saiful(Lead Guitar) dan Manan(Bass Guitar). Kami tidak mempunyai vokalis kerana kami bermain musik tanpa lagu untuk di nyanyikan.

Kami telah dijemput menyertai `gigs yang diadakan di salah sebuah disko di Kuantan (ini merupakan `gigs pertama kami) bertempat di TMS Dangdut. Sambutan yang kami terima amatlah memuaskan. Peminat-peminat kami datangnya dari peminat bands-bands yang boleh dikatakan jarang didengar oleh peminat musik UnderGround pada masa ini. Di antara lagu-lagu dimainkan pada hari tersebut merupakan lagu Cover dari bands-bands yang sudah boleh dikira `Old Timer dan telah dibubarkan malahan ada yang juga yang masih ada sampai sekarang ini. Di antaranya seperti 'Dick Dale (greatest solo guitar tuned), Man-Or-Astro Man, Heavous Rhenceros dan Agent Orange.

Selepas itu kitorang tidak henti-henti mengadakan `gigs di sekitar bandar Kuantan tapi kitorang masih tidak berpuas-hati terutamanya sound-system (Kuantan, KL & sewaktu dengannya) tapi masih tidak boleh menandingi `gigs yang pertama kitorang.

Pada tahun berikutnya, kitorang telah menghadapi masalah kerana ada di antara anggota band kitorang terpaksa belayar (Saiful= mamat ni kerja sebagai sailorman di atas kapal MISC), dan seorang lagi telah berkahwin (Manan). Kitorang terpaksa mencari anggota baru untuk meneruskan jemputan ke `gigs yang akan diadakan selepas itu. Dalam masa itu ramai kengkawan telah dilatih untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh anggota lama. Pada tahun 1998, kitorang aktif semula dengan line-up baru...... bersama lagu-lagu baru...

BoCk : BASSIST
Kamal : LEAD Guitar
Wa : RHYTHM
Aming : Drums
Thanks kepada kengkwan yang men-nyapoot band kitorang,.. kamu kenal saper kamu....
| |

 

|| Copyright© 1998 al-kropok.corporationsux.org ||